Posts Tagged ‘ SK Ansuan ’

:: Rumah Terbuka ::

Hahahaha….. Mesti kalian semua tengah sibuk menghadiri dan membuat rumah terbuka time2 lepas Ramadan ni kan. Ujung minggu aje, mesti ada jemputan. Kita org yg dalam kekurangan ni tak lepaskan peluang utk buat rumah terbuka utk anak2 murid tersayang (jemput murid2 aje…). Bukan ape, kesian kat mereka ni. Kami hidup dalam komuniti 99.9% kristian. Jadi, murid2 tak tau macam mana suasana berhari raya tu. Macam tak percaya kan…. tetapi itulah realiti kat sini. Kuih rayapun dia org jarang jumpa. Sebab tu, kuih raya kita org kejap aje lesap. Terutama yg berwarna-warni. Sedap sangat agaknya. Kita dah jemu dgn kuih raya tu. At least ada yg makan.¬† Daripada ramai2 yg datang, ada 2 orang aje yg Islam. Itupun masih pra sekolah lagi… Dapat la dia duit raya…..

:: Jalan Gruble ::

Dah lama tak menulis. Oklah… Ini adalah beberapa gambar jalan Buis-Kiabau dari SK Ansuan pada musim panas (cuaca) sekarang. Batu jalan berbutir2 dan jelas sekali. Sungguh mencabar bagi org macam aku yang naik motor ni.

:: Anak Buah Aku ::

Ha.. Yg ni paling best aku nak tunjuk kat sumer. Inilah barisan anak murid kesayangan aku. Mereka bakal menentukan prestasi sek aku tahun ni. Murid2 tahun 6/2009. Ada 12 orang je. Yang pasti ada 2 orang yg bermasalah (Slow learner). In another words, tak ada harapan dapat lulus 100% tahun ni.

:: SK Ansuan Telupid ::

Dengan berbesar hati, saya memperkenalkan sekolahku yang tercinta. Saya dah start jatuh cinta ni. Jawabnya lama la bertapa kat sini. Biasa la sekolah kat Sabah. Memang macam ni rupanya. Akan tetapi, sumbangan kita banyak dapat diberikan kepada kum sasaran yang sangat memerlukan. Sekolah Jeff dan Man itu kira lain ye.. Sekolah dia org walaupun P1, tapi gred adalah A (murid ramai). Lagipun, dia baru dapat jaSekolah aku gred B (kategori kurang murid).

Baiklah, bersama tulisan ini saya lampirkan gambar yang berkenaan utk tatapan semua.

:: SK Pedalaman Kategori P1 ::

Sebahagian besar sekolah kategori ini masih punyai akses ke jalan utama. Cuma jalan nak ke jalan utama tu agak memeritkan. Berikut adalah sedikit gambaran perjalanan ke sekolah aku. SK Ansuan Telupid..