:: DPLI Menggegar KPM ::

Sejak akhir2 ni, suara DPLI kedengaran dalam akhbar dan terbaru dalam Buletin Utama, TV3. Ape yg digegarkan oleh rakan2 DPLI adalah kelewatan mendapat tahu tempat posting. Nampak gaya, kawan2 kita ni tak sabar sangat nak masuk sekolah sudah.

Secara peribadi, saya sedikit terkesan dengan sikap rakan kita yang tanpa disedari memburukkan imej KPM seolah2 tidak cekap bekerja. Isunya sekarang, semua lepasan DPLI akan dapat tempat mengajar. Lain la kalau sudah 2-3 tahun tak posting2. Jadi, jangan tergopoh2 untuk menghebahkan satu Malaysia yang saudara/saudari lambat tahu tempat posting. Sabar itu separuh daripada iman. Saudara/i belum lagi menjadi guru secara rasmi tetapi sudah menunjukkan belang. Kita tahu saudara/i adalah guru berijazah tetapi jangan tunjukkan kesombongan kita dengan sikap yang tak tentu hala. Sikap sebegini yang menyebabkan guru seperti saya (graduan KPLI) sering dipandang serong oleh rakan2 guru lain.

Nasihat saya, banyak2 bersabar. Jangan pula lepas dah posting nanti, saudara/i akan sibuk minta pindah sekolah pula andai kata ditempatkan di Sabah atau Sarawak. Rezeki kita Allah tentukan. Bersyukurlah atas apa yang ditentukan. Ingatlah satu hakikat…. Kita yang datang merayu2 minta menjadi guru BUKAN KPM yang datang merayu2 minta kita jadi guru. Bermakna, kita sedia menurut perintah. Maka, ikutlah aje karenah ibubapa baru kita (KPM). Jangan banyak songel…

Jangan marah dengan penulisan ini ye. Emosional sket….

    • adzri
    • December 29th, 2009

    sy pun lepasan DPLI dan tgh menunggu posting, personally sy sendiri pun kurang bersetuju dgn apa yg dikecohkan, i think they should be lil’ bit more patient.

    But one thing that we need to understand is – kebanyakan students DPLI ni pernah bekerja n sudah berumahtangga, so basically antara mereka ni menanggung beban kewangan yang tinggi saban bulan (bayaran ansuran kereta, sewa rumah, hutang2 kad kredit n bil-bil bulanan etc). Financially, they’ve sacrified a lot to pursue thier dream to become an educator.

    One more thing, kami sudah tamatkan pengajian DPLI sejak bulan 10 lagi, maknanya sudah hampir 3 bulan we’re jobless n some of us do part time jobs. Dengan beban kewangan yang ditanggung (ada yg terpaksa berhutang), it has been a really stressful situation. So in this kind of emotion, sometimes people do desperate things mcm apa yg dibuat oleh budak2 DPLI dlm buletin utama tv3 tu.

    Menunggu tu memang sgt menyeksakan, at least klu KPM dpt beritahu kami bila tarikh penempatan guru lepasan DPLI akan diumumkan, itupun sebenarnya sudah sgt melegakan. at least it’s making us feel secure and have something to hold on.

    that’s all, just my two cents

    • fadlymas
    • December 30th, 2009

    Thanks for the comment…. Hakikatnya, ada yg sesetengah BUKAN betul2 nak jadi cikgu tapi nak gaji cikgu. (Jangan terasa ye kpd mereka yang betul2 ikhlas nak jadi cikgu. Anda tak termasuk dalam kumpulan ini. Hehehe….) Kalau tak percaya, sama2 kita tengok bila dah tahu tempat posting nanti. Apakah tindakan mereka jika tak dapat posting kat tempat yang diidamkan (tpt tinggal sekarang). Itu adalah pengorbanan pertama yang dituntut.

    Walaubagaimanapun, berdasarkan pengalaman lalu… lepasan yg dah berkeluarga akan dapat posting di Semenanjung (jika pasangan di Semenanjung) tapi tiada jaminan dapat tempat tinggal sekarang. Ada yang keluarga di Selangor tetapi si suami (cikgu) mengajar di nun utara sana. Kalau yang bujang2, memang ramai la ke Sabah Sarawak. Tapi, sek men di Sabah Sarawak lazimnya berada di pekan. Jadi, tak timbul isu pedalaman sangat. Kalau sek ren ye…. Ada yg 5 jam naik kapal ikan…

    Isu banyak tanggungan apabila mula masuk DPLI sepatutnya tidak timbul. Kita perlu ada backup plan sblm masuk DPLI. Kita kan graduan… mesti ada skill tambahan cthnya usahawan. Saya sendiri ada bisnes sendiri (hasil titik peluh sendiri ye.. Bukan warisan keluarga) sebelum masuk KPLI. Bila timbul perkara macam ini, bisnes ini menjadi backup plan saya. Bila dah jadi cikgu, bisnes tu saya bagi kat adik2 saya uruskan. Keluarga saya juga yg dapat manfaatnya.

    Sabar ye En Adzrul… Dengar2 cerita bulan Februari nanti akan keluar result posting tu. Harap2 ia tak tertangguh lagi… Kesian kepada rakan2 kita yang tak sabar berbakti ni…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: