:: Jadual Gaji 2010 ::

Hah… Jadual gaji 2010 dah keluar. Rancang elok2 perbelanjaan tau. Sape yg nak kawin, belek2 la jadual ni betul2. Jangan over badget udah. Hahaha…

Gaji 2010

    • Hani
    • December 29th, 2009

    Salam. saya ingin mengetahui cara terbaik untuk ke Telupid ini dari KK. Saya dan kawan akan posting ke Telupid minggu depan. Kami masih blur macamne keadaan tempat ini.
    Adakah pekan ini ada kemudahan elektrik dan line telegon, Internet dan perkara2 asas.
    Bank apa yang ada di pekan ni. Dan semua maklumat berkaitan. Kami benar2 memohon bantuan..

    • Hani
    • December 29th, 2009

    Owh lupa nak bagitau, kami tiga orang dari negeri sarawak akan ditempat kan di daerah telupid. Kami terpaksa pergi sendiri ke Telupid memandangkan JPN Sabah maklumkan tiada peruntukan untuk guru sarawak bagi tiket kapal terbang. Jadi kami memerlukan info untuk membantu kami.

    Kami diarahkan untuk melaporkan diri ke PPD telupid pada 5 Januari 2010 dan kami akan bertolak dari Kuching kemngkinan besar pada 3 Jan 2010.

    • fadlymas
    • December 29th, 2009

    Hahaha… Ape2 hal. Tahniah dulu. Nasihat saya persiapkan mental dan fizikal ye. Kawasan Telupid jika anda bernasib baik dapat kawasan seperti Pekan Telupid dan Pekan Tongod, semua kemudahan yg anda senaraikan, ada. Tetapi, selain daripada itu, anda boleh bayangkan kesusahan yang bakal dihadapi. Ada sesetengah sekolah yang bekalan elektrik bergantung kepada solar. Bermakna, bekalan elektrik kadang2 utk lampu rumah sahaja. Internet, InsyaAllah semua ada sebab kita guna pemancar satelit tetapi agak perlahan sambungannya.Line telepon, ada tpt yang ada dan ada yang tiada langsung. Sek saya cthnya hanya dapat line Maxis SAHAJA. Lain2 line, tiada. Bank ? Kita kena turun Sandakan atau Ranau. Tiada bank di sini ye. Hanya ada mini post office. Ada kawasan yg boleh masuk guna kancil dan ada kawasan yg HANYA 4WD sahaja boleh lepas. Jadi, berdoalah banyak2 moga dapat tpt yang bagus sedikit. Ape2 hal, bersyukurlah atas rezeki yang kita dapat. Murid2 sekolah yang bakal anda duduki sangat dahagakan ilmu pengetahuan.

    Utk ke Telupid sangat mudah. Jika anda dari KK, boleh naik bas atau kereta menuju ke Sandakan. Telupid terletak di tengah2 perjalanan antara KK-Sandakan. Anda akan jumpa Kundasang dan Ranau dulu sebelum sampai ke Telupid. Jumlah perjalanan lebih kurang 3-4 jam. Selamat menjadi guru. Tahniah sekali lagi. Jangan minta balik sudah…

    • fakhrul
    • December 29th, 2009

    erm yg posting ni kpli ke dpli?

    • Hani
    • December 30th, 2009

    Salam. Terima kasih banyak2 atas info. Salam perkenalan dari kami.

    Untuk pengetahuan kami akan bertolak menggunakan kapal terbang terus ke sandakan. Insya Allah segala halangan akan kami tempuhi. Hehe ( semoga dipermudahkan oleh Allah).

    Kami adalah lulusan KPLI pemulihan khas. Ada perubahan sedikit. Salah seorang dari kami ditempatkan di Beluran. Boleh tak kami ambil satu bas sahaja nanti. maksudnya adakah Beluran itu akan dilalui oleh kawasan untuk ke Telupid. Mohon bantuan dan info dari saudara.

    Terima kasih banyak2 dan semoga Allah membalas jasa saudara atas pertolongan info yang sangat berguna ini.

    • fadlymas
    • December 31st, 2009

    Yup… Pilihan yang bagus kalau mahu datang ke Telupid atau Beluran via airport Sandakan. Saya sendiri dari KLIA @ LCCT akan turun ke airport Sandakan. Bandar Sandakan bandar kedua terbesar di Sabah tau.

    Kalau dari Sandakan, memang akan lalu Beluran dahulu. Tetapi, bas tak masuk ke Beluran. Turun di simpang Beluran aje. Nak sampai ke Beluran jauh lagi. Saya sendiri tak pernah sampai lagi. Ape2 hal, Beluran adalah antara kawasan yang banyak pedalaman dan jauh2 belaka. Ada yg di pulau. Nasib la nanti ye… Banyak2 berdoa agar dipermudahkan. Aminnn…

    • Hani
    • December 31st, 2009

    Alamak..dah tu kalo bas tak masuk beluran, macamne lak dia orang nak sampai Beluran. Kena jalan kaki ker.Pekan Beluran tu besar ker atau memang kena pergi Sandakan jugak untuk apa2 proses pengeluaran wang atau beli keperluan. Pengangkutan cuma bas ajer yer. Kereta sewa takde yer..Kiranya telupid n Beluran, Telupid lagi jauh n pedalaman yer.

    • fadlymas
    • December 31st, 2009

    Beluran ada pekan yg besar sikit. Rasanya ada 1 bank tetapi kwn2 selalu keluar pi Sandakan juga. Tak ada ape kat pekan Beluran tu.Tapi kawasan Beluran sangat luas. Jadi, isu pedalaman di Beluran lagi teruk daripada Telupid. Telupid pekan kecil aje tapi sangat strategik kedudukannya. Betul2 tepi jalan besar antara KK-Sandakan (tengah2).

    Kereta sewa ada la. Kat simpang Beluran di tepi jalan nanti ada banyak kereta. Tapi jangan datang lewat petang. Bimbang tak ada kereta. Kalau ada pun, teruk u all kena bayar. Mahal tau…

    • mrbu(johor)
    • January 1st, 2010

    salam sumer…

    sape ada no tepon maktab IPBMM
    kalu ada msg yea…

    013-9847981-mohd rozi

    • Hani
    • January 1st, 2010

    Owh ok. Terima kasih Cikgu Fadly. Semoga ada rezeki, Insya Allah akan bertemu dengan Cikgu di sana. Kami akan bermalam semalam di sandakan. Tapi yelah pengetahuan kami berhubung bandar ini adalah sifar. Jadi boleh ker Cikgu syorkan hotel yang selamat dan murah dalam lingkungan 100 untuk kami menginap di Sandakan. Kalo ada wireless lagi elok ler. Kalo boleh biarlah hotel tu, tengah bandar sandakan dan mudah unntuk kami bergerak ke kenderaan ke Telupid dan Sandakan serta membeli barang2 keperluan sebelum bertolak ke saner.

    Owh yer, adakah penginapan untuk kami di Beluran dan Telupid akan disediakan oleh sekolah.Maksudnya adakah quarters untuk guru memang ada. Bukannya apa, ini pengalaman kami pertama kali ke pedalaman Sabah dan perkara ini merisaukan kami lebih2 lagi kami adalah perempuan.

    Terima kasih banyak2

    • fadlymas
    • January 1st, 2010

    Kalau naik teksi dr airport, kata nak pi hotel ________ . Kalau driver tu tak tahu, cakap kat dia hotel tu betul2 depan hotel Sandakan.

    Itu bergantung. Kalau sek tu prihatin, kadang2 ada. Kuarters memang ada tapi takut dah ada cikgu yg stay kat situ. Kalau tak ada, minta tlg sek cari2kan rumah. Sewa dgn org kg. Just make sure kalau menyewa, rumah tu selamat dan tak terlalu jauh dari kawasan tumpuan. Bukan nak takutkan, tapi last year ada kes guru perempuan kena rogol di Sabah (tinggal jauh, duduk sorang2).

    • Hani
    • January 1st, 2010

    Maksudnya dari airport, kami naik taxi bagitau dia nak g hotel sandakan ker. Nama hotel tu hotel sandakan ker? Alamak perkara itu yang merisaukan selagi belum dapat rumah untuk didiami. Dah dapat rumah lain lak ceritanya yer. Hehe.

    Terima kasih banyak2 cikgu Fadly, info yang diberikan banyak membantu kami.Cuma selagi tak sampai tarikh berangkat tu, selagi tu ler kami ni banyak persoalan tentang tempat ni.

    • fadlymas
    • January 1st, 2010

    Ops… Sori, lupa tulis nama hotel tu. Hotel tu terletak depan hotel Sandakan. Namanya Star City. Sewanya dalam RM70.

    Yup.. Memang mcm tu adat sblm posting. Selagi tak sampai kat sekolah selagi tu hati dok bimbang je. Makan tak kenyang, tidur tak lena tapi mandi tetap basah la. Hahaha…

    • Hani
    • January 1st, 2010

    Ok. Thanks a lot Cikgu Fadly.Banyak info dah cikgu bagi kat kami ni. Pengalaman pertama posting dan ada di antara kami pengalaman pertama keluar dari Sarawak. Hehe jadi tidak hairanlah perasaan tu macam2 kan.

    Terima kasih banyak2. Teruskan menulis sebab dari tulisan cikgu kami mendapat banyak manfaat terutama mengenai Telipod dan Sandakan. Thankss.

  1. hi,now, i saw this site,is good

    • mohd zaidi
    • December 2nd, 2010

    salamun alaik
    nama saya zaidi. skrg berkhidmat di smk belaga, sarawak.
    insyaAllah akan berkhidmat di smk penangah, telupid.
    harap cikgu dapat kongsi maklumat dengan saya.
    insyaAllah saya dh 6 tahun di sarawak…tapi 0 tahun di sabah…pengalaman baru….insyaAllah
    ( Zaidi )
    * kali ke dua sebab email saya salah pada awalnya..dh dibeulkan…..alhamdulilLah….

    • fadlymas
    • December 2nd, 2010

    SMK Penangah saya x sure. Tapi, SK Penangah memang agak jauh. Nanti saya tanya kawan2 saya yg tahu.

    • fadlymas
    • December 3rd, 2010

    Kompem Cikgu Zaidi. SMK Penangah sek pedalaman P2. Jauh masuk dalam. Satu2nya SMK di Telupid yg terletak di pedalaman. Tetapi sekolahnya cantik dan besar. Nak masuk sana je seksa sket. Jalan dah tentu gravel. Kena pakai 4WD. Selamat bertugas di sekolah baru.

    • syam
    • February 8th, 2011

    cikgu fadly, boleh share maklumat tentang sekolah rendah kebangsaan tampasak, telupid? kwn saya diposting ke sana..dengar kata kawasan tu pedalaman p2..apa nasihat dari cikgu untuk kwn saya yg dihantar ke sekolah ini..

    • fadlymas
    • February 10th, 2011

    Tampasak memang kawasan pedalaman. P2 tu dah menggambarkan keadaannya yang boleh dikatakan mencabar fizikal dan mental. Kalau cikgu lelaki, mungkin kurang sikit tekanan tetapi kalau cikgu perempuan, berbanyak2 berdoa moga diberikan kekuatan menghadapi cabaran mengajar di sana. Perjalanan dari Telupid ke Tampasak ambil masa 3-4 jam. Kalau musim2 hujan mcm ni, memang jalan teruk yang amat sangat. Silap haribulan tak boleh masuk. Jalan dah tentu gravel. Elektrik tak ada. Solar ada. Line telefon ada tapi kena cari port yg sesuai. Kejap ada kejap x ada. Internet ada. Jgn risau. di sabah kita guna VSAT (mcm parabola). Cuma
    line tak sehebat streamyx la. Nasihat saya, pergi aje dulu. Percayalah rezeki cikgu ada kat sana. Mula2 tak suka, lama2 jatuh cinta. Kirim salam pada kwn cikgu.

    • suzi
    • February 20th, 2011

    Cikgu Fadly,

    saya guru KPLI Jqaf yang akan ditempatkan di sk sungai 2, Beluran.
    Boleh cikgu kongsi sedikit maklumat mengenai sekolah dan kawasan di sana. Berikan saya sedikit panduan dan nasihat untuk menjalani kehidupan di sana seorang diri nnt.terima kasih cikgu Fadly.

    • fadlymas
    • February 28th, 2011

    Saya tak berapa tahu tempat Beluran ni. Hanya nampak simpang nak masuk dari luar je. Beluran lazimnya terkenal dgn sekolah kat pulau2. Kawasan ni banyak pulau. Ape2 pun, tawakal aje la cikgu. Ikut pengalaman saya, org Islam tak ramai kat pedalaman ni. Org Islam biasanya duk kat kawasan yang hampir2 juga dgn bandar. Jadi, mungkin sek cikgu tu tak la jauh sangat dari pekan.

    • Nor Asiah
    • April 23rd, 2011

    Salam Fadly,
    dh lama sgt x bukak blog ni…tp alhamdulillah, sy npak blog ni banyak membantu guru2 yang di posting ke Sabah. Fadly masih mengajar kat sana ke? Lama x dgr citer..

  2. Salam. Cikgu Fadly, saya nak tny, ada tak rumah atau bilik untuk disewa di bandar Telupid untuk lelaki. Suami saya baru diposting di SK Nangoh (40 km dari Telupid). Skrg tengah cari rumah atau bilik sewa di bandar Telupid.

    • fadlymas
    • May 17th, 2011

    Bukan bandar tapi Pekan. Huhuhu… Rumah ada banyak tapi kena rajin mencari. Tanya je kat pemandu2 bas si Pekan Telupid tu. Dia orang kenal ramai org.

    • fadlymas
    • May 17th, 2011

    Dah lama balik semenajung Kak Asiah. Sekarang posting kat Sk Serting 3(F)

    • azizah m
    • September 5th, 2011

    assalammualaikum cikgu fadly, jgn bilang beluran kwsan pdalaman tau.. itu kg sy yg terbest n mmg syok balik beluran sbb dpt mkn ikan segar2 n paling best time musim buah.. ada masa singgah la beluran kg sy ada dua (kg.muanad 3)(kg.kolapis) tapi skrg sy bisnes kueh n stay kt semenjung(johor bahru) ikut husband.

    • fadlymas
    • March 11th, 2012

    Hakikatnya Beluran memang banyak kawasan pedalaman. Sbb tu ramai guru yg mengajar di sana berstatus P1,P2 atau P3 dimana P itu bermaksud pedalaman. Sebagai rakyat Beluran, sepatutnya kita berasa marah kerana Sabah negeri kaya kerna ada petroleum tetapi kekal begitu keadaannya sampai kini. Memang seronok hidup di Sabah. Banyak pengalaman berharga seperti saudari nyatakan tetapi bayangkan sekiranya ada kesusahan seperti ibu mahu bersalin, ada kecemasan… bagaimana sukarnya org susah seperti penduduk kg mahu berubat.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: