:: Kisah Kami di Telupid ::

Beberapa minggu yang lalu, aku pergi bengkel di PPD Tongod. Terjumpa dengan seorang cikgu yang menyatakan kesukaran yang dihadapinya sejak beberapa hari yang lalu (kalau dikira hari ini dah agak lama juga) apabila jambatan yang menjadi hubungan utamanya dengan dunia luar telah RUNTUH. Ingatkan kes itu tidak la serius mana tetapi apabila aku baca surat khabar Daily Express (Kat Malaysia Timur aje yang ada akhbar ni) bertarikh 6 Sept. 2009, then baru aku realize betapa dahsyatnya problem dia. Walau apapun, kalian semua tgk sendiri la kehidupan kami di Sabah ni. Sungguh mencabar tetapi perjuangan tetap perlu diteruskan. Tanya Fakhrul apa jadi pada Avanza dia. Asalnya dapat sekolah yang cantik dan ok, sekarang sejak pindah sekolah baru… dah tak cukup tangan nak melayan ‘buah hati’ dia. Jalan ke sekolah baru membuatkan buah hatinya sentiasa dicemari noda2 debu durjana. Huhuhuhu… Sadis2. Tu la… Aku cakap beli 4WD tak mau. Jangan marah ye… Anyway, aku bersyukur sangat sebab sekolah aku yang kira pedalaman tu, still boleh akses keluar masuk walaupun jalan berdebu. Aku dah pernah terjatuh sekali tau sebab batu kerikil banyak sgt atas jalan tu.

Okeylah, you all bacalah sendiri luahan hati cikgu dan masyarakat Kg Entilibon dan Kironggu ni. Ni cerita betul ye bukan rekaan. Selepas 52 tahun merdeka, masih ada senario ini kat Malaysia ni. Jadi, apa la sangat kalau nak dibandingkan masalah remeh org semenanjung setakat jalan berlopak2. Kita orang ni bukan jalan berlopak aje, jalan tanah  merah, gravel dan siap ada ‘lobang’ besar lagi. Jalan utama pula tu. Bermakna itulah satu2nya jalan keluar masuk utk orang kampung berhubung dengan dunia luar. Agaknya, nak tunggu ada orang mati baru akan ada tindakan. Sedihnya la aku… Aku tumpang sedih dengan cikgu2 dan murid2 yang tetap ke sekolah walau jalan macam tu… Caiyo! 2x

    • Rons
    • October 9th, 2009

    Baguslah ada juga cikgu yang prihatin tu pi post kat news kan pasal jalan korang… Biar berpeluh tu YB yang banyak cakap dalam parlimen tu…ekekekek

    Apapun, bersabar je lah…nasib baik 5 tahun ja sia meredah jalan2 yang gini dulu… Sekrang jalan Tongod dah ok..Tapi, mudah pula dipantau Nazir…hehehehe

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: