:: Tamu di Sandakan Pada Pagi Kaamatan ::

Di Sabah, “tamu” bermaksud pekan sehari @ pasar malam bagi kita. Tetapi, di Sabah tak ada pasar malam. Semua pasar waktu siang (biasanya pagi). Di sandakan, tamu dia adalah setiap hari Ahad. Seawal jam 5 pagi, dah ada peniaga yang pasang2 khemah. Well, tamu di Sandakan famous dengan bundle. Macam2 bundle ada. Baju, seluar, jaket, langsir, kasut, topi, selimut… Semua ada la senang cerita. Kebetulan aku punya flight utk cuti sekolah kali ni Ahad malam, jadi pagi tu ronda2 la tamu di Sandakan. Dan kebetulan juga, 31 Mei 2008 tu juga adalah hari raya kat Sabah (Pesta Kaamatan). Ingatkan tak ada orang tapi… penuh kau.. Seperti biasa, aku ni lone ranger… Man dah balik petang semalam, jadi tinggal aku sensorang.

Sebenarnya, seronok juga bagi kaki jalan macam aku ni. Tengok gelagat org. Tengok keunikan tempat orang. Time bujang ginilah kita nak merewang. Cerita pasal tamu ni pula, ia dibuka di sepanjang jalan dekat dengan bangunan AIA. Maknanya, jalan ke arah sana ditutup hari tu untuk buka tamu.  Menjelang petang, tamu ni dah tutup. Jadi, kalau jalan jam 9-10 tu kira ok la. Ramai orang…

    • padjiri
    • June 13th, 2009

    fadly nk perbetulkan ckit..d sabah masih ada psar malam…ikut daerah..kalau d tmpt sya (keningau)..ada psar mlm stp mlm, psar tani hujung mggu n psar stp hari…klu ko nak lagi meriah p la “tamu besar” Kota Belud setiap 1 hb setiap bulan…atau pegi ” tamu ranau” setiap hujung bulan..kalau nak pegi call ja..

    • fadlymas
    • June 15th, 2009

    Thanks for the comment…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: