:: Pengalaman Pertama Ke Sandakan ::

Sori semua… Lama tak online. Tak sempat. Ari ni (09.01.09) saya mula terbang ke Sandakan dari KLIA. Memandangkan saya tak tau nak ke KLIA, nasib baik ada geng Sabah yg free bawa saya ke KLIA. Malam 08.01.09, saya stay kat hotel budget di Nilai. Dekat aje KLIA dari Nilai. 15 minit dah sampai…

Sampai di KLIA, itulah buat pertama kalinya jejak kaki ke KLIA. Macam tak percaya, hari ini adalah hari terakhir berada di semenanjung. Sampai di sana jam 7.20pagi (Flight sebenar jam 9.20am). Kita org kena sampai awal 2 jam. Geng2 IB ada ramai giler… Most of them adalah Pemulihan Khas (Nasir and the geng… Rizal delay flight dia ari Ahad). Nod (PSV) pun ada. Sampai aje di Kaunter L, ada pegawai dah tunggu. Amik tiket. Timbang beg. Sepatutnya kalau berat kargo lebih 20kg, akan kena charge RM20 setiap tambahan 1kg. Tapi MAS tak rigid sgt. Saya punya 21.5Kg… Tak payah bayarpun yg tambahan tu…

Beg kita boleh bawa juga ke dalam pesawat. Yg tadi kargo… Kalau takut kena charge, asingkan beg kepada beberapa beg dan yg kargo jgn bagi lebih 20Kg. Yg lain2 bawa naik pesawat. Tapi pastikan, brg2 seperti gunting, pisau atau brg2 berbahaya tak dibawa. Yg tu letak dalam beg kargo takpe… Tepat 8.45am, kita org dah naik pesawat. Pramugara dan pramugari siap buat demo cara pakai tali pinggang dan jaket keselamatan. Yg paling tak tahan, bila start terbang. Telinga ni macam nak meletup rasanya…. Perubahan tekanan kan… Biasa la. Sakit sangat gegendang telinga rasanya…

Pesawat kita org transit kejap di Kota Kinabalu then terus ke Sandakan. KK ke Sandakan dalam 20  minit aje… Itulah pengalaman berharga naik pesawat buat kali pertama. Sampai di Sandakan, ada pegawai yg sambut. Naik bas comel tapi still masih selesa dan terus ke hotel Sanbay di bandar Sandakan. Bandar yg betul2 depan laut. Ada bowling centre tau kata Djul. Djul dan Wildin dah ada kat sana awal2. Ni peta Sandakan yg diambil tahun 1996. Bayangkan sekarang macam mana…. Maju ape bandar Sandakan. Link ni juga gambaran tentang Sandakan.

Hari ini, taklimat saja. Sebenarnya, posting kat Sabah ni sangat beruntung. We don’t have to pening2 pikiq rumah atau transport. Everything dah ada. Esok jam 10 am adalah masa muktamad dimana kami bertugas. Apa yg kawan2 mungkin tak tau adalah, semua GB sekolah yg akan kami posting akan turun di hotel sanbay untuk menjemput kami ke sekolah. Rumah semua dah sedia (GB dan pihak PPD Sandakan dah tolong selesaikan). What else yg nak dirungutkan… Itulah rezeki kami…. Sebenarnya, ada 3 kategori pedalaman (P1 :  Elaun dalam 500, P2 : Elaun dalam 1000 dan P3 : Elaun 1500). Jadi kawan2 sendiri tau takrifan elaun dan kesukaran yg bakal ditanggung.

Anyway, secara tidak rasmi (risikan kami) saya ditempatkan di daerah Peta Telupid . Buat masa ni, first impression berdasarkan research internet kat google map ni, nampak macam ok aje Panorama Telupid ni. Tak tau la realitinya esok. Nipun ada line sebab hotel ada wireless. Maybe ini kali terakhir online kalau keadaan Telupid tidaklah seburuk disangka….

Oklah, bersama ini saya nak share beberapa gambar yg sempat dirakamkan untuk rekod dan perkongsian sesama kita.

    • mas
    • September 10th, 2009

    telupid ya? hehehe..nanti jumpa kat PPD Telupid ok.Selamat datang bertugas di Sabah.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: