:: Pembatalan Syarat Tapisan Keselamatan ::

Berkuat kuasa 20 April 2011, SPA telah umumkan bahawa semua pegawai yang dilantik oleh SPA ke dalam Perkhidmatan Awam tidak perlu lagi tertakluk kepada tapisan keselamatan untuk pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan. Oleh itu, SPA telah membatalkan syarat tapisan keselamatan dalam surat tawaran yang dikeluarkan oleh SPA berkuatkuasa serta-merta. Rujuk kenyataan akhbar dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011 berikut untuk maklumat lanjut.

:: Tawaran KPLI Jan 2011 ::

Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai 14 Januari 2011 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://kpli.moe.gov.my/twr11/index.cfm

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MOE KPLI3 dan hantar ke 15888. Contoh : MOE KPLI3 780803105677

:: Semakan Penempatan KPLI 2011 ::

Berita yang ditunggu2 oleh guru2 baru ialah penempatan. Teringat masa dulu2. Berdebar2 je. Mana la aku dapat ye. Sabah Ke ? Okeylah… Klik link ini (semakan penempatan) untuk semakan penempatan cikgu2 semua. Semakan boleh dibuat sehingga 14 Februari 2011. Selamat bertugas semua. Tahniah ! Selamat datang ke alam perguruan.

:: Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) 2011 ::

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 3 Disember 2010 (Jumaat) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (Semak KPLI). Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip;

MOETDKPLINOKP dan hantar ke 15888
Contoh : MOE TDKPLI 820610115510 dan hantar ke 15888

:: Kawan Kita ::

Salam semua…

Beberapa hari yang lalu, saya diberitahu oleh Jef bahawa keadaan dia tak berapa sihat. Selain disahkan leukimia, baru2 ni sudah kena batuk darah. Sama2 berdoa moga kawan kita diberikan peluang untuk kembali sihat seperti sediakala. Aminnn…

Dah lama tak dengar berita tentang Sod… 01 Nov 2010, aku akan lapor diri kat SK Serting 3. Kita boleh jadi geng lepas ni Sod…

:: KPLI Ambilan Januari 2011 ::

Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Januari 2011

Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai pada 11 Oktober 2010 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : www.moe.gov.my
Calon yang berminat perlu mendapatkan NO PIN di cawangan BSN berhampiran sebelum membuat permohonan. Tarikh akhir permohonan adalah 20.10.2010. Selamat memohon.

 

:: Pindah ::

Sedih memang sedih tetapi first thing first…. Semua tempat ada kelebihan masing2. Kadang2 kita rasa macam dah selesa sangat kat tpt kita berada tu. Tapi, kalau nak maju mesti berani membuat perubahan. Atas, niat itu aku apply perpindahan ke Semenanjung.

Tanpa disangka2, aku dan beberapa kwn2 berjaya dalam permohonan itu. Tahniah Adi… Tahniah Azmi… Lepas ni kita berbakti di Semenanjung pula. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku harap, sekolah sekarang akan terus maju dan tetap bergerak ke hadapan.. Aminnnn…. Kenangan dan pengalaman di Sabah tak ternilai dengan wang ringgit. Semua akan tetap dikenang….

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.