:: Apa itu Leukimia ::

Leukemia

Leukemia merupakan kanser sel-sel yang membentuk darah. Leukemia menyebabkan jumlah sel darah putih yang belum matang dihasilkan.

Sel-sel abnormal ini dipanggil blas leukemia, tidak boleh menjalankan fungsi-fungsi normal sel-sel darah putih.

Mereka terkumpul di dalam sum sum tulang dan melimpah ke dalam darah dan

mungkin merebak ke dalam organ-organ seperti hati, limpa, paru-paru dan buah pinggang. Kadang-kala, sel-sel ini juga mungkin merebak masuk ke dalam cecair di sekeliling otak dan saraf tunjang.

Oleh kerana terlalu banyak sel-sel darah putih yang terkumpul di dalam sum sum tulang, sum-sum tulang tidak dapat menghasilkan sel-sel darah merah, sel-sel darah putih dan platelet yang mencukupi.

Jenis-jenis Leukemia

Leukemia terjadi di dalam beberapa bentuk. Sesetengah bentuk timbul serta-merta dan berkembang dengan cepat di dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu sahaja: Ini merupakan leukemia akut. Yang lainnya pula tidak nyata dan berkembang dengan kadar yang perlahan di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun: ini merupakan leukemia kronik.

Penyakit-penyakit leukemia dinamakan mengikut jenis-jenis sel darah putih yang terlibat. Leukemia mieloid ialah leukemia yang melibatkan granulosit-granulosit; leukemia limfoid melibatkan limfosit-limfosit.

Leukemia Limfoid Akut (Acute Lymphoid Leukaemia (ALL))

Leukemia limfoid akut lebih lazim pada kanak-kanak dan merupakan peratusan yang kecil sahaja di kalangan leukemia orang dewasa. Ia menjejaskan limfosit-limfosit yang belum matang. Limfosit yang normal bertanggungjawab

melawan jangkitan: apabila bakteria atau virus menyerang tubuh, limfosit bertindak balas dengan menghasilkan antibodi atau sel-sel pembunuh limfosit yang khas.

Apabila anda menghidapi leukemia limfoid akut, limfosit tidak dapat berfungsi dengan betul dan anda mungkin mendapat jangkitan yang serius. Tambahan pula, penyakit ini menyebabkan banyak limfosit yang abnormal dihasilkan, yang menghimpit sel-sel darah merah dan platelet yang normal.

Leukemia Limfoid Kronik (Chronic Lymphoid Leukaemia (CLL))

Leukemia ini juga menjejaskan limfosit-limfosit, tetapi berkembang dengan lebih perlahan daripada leukemia limfoid akut. Penyakit ini menyerang orang dewasa tetapi tidak dikesan pada kanak-kanak.

Penyakit ini berkembang dengan lebih perlahan, oleh itu sel-sel normal tidak terhimpit dan ditolak keluar dengan cepatnya berbanding dengan leukemia limfoid akut. Jika anda menghidapi leukemia limfoid kronik, anda mungkin tidak mengalami sebarang gejala sehinggalah peringkatperingkat lanjut penyakit ini.

Leukemia Mieloid Akut (Acute Myeloid Leukaemia (AML))

Leukemia ini biasanya menyerang orang dewasa, tetapi boleh terjadi pada kanak-kanak dan remaja.

Leukemia mieloid akut terutamanya menjejaskan sel-sel mieloid yang dikenali sebagai granulosit. Penyakit ini menghasilkan sel-sel mieloid yang masih muda di dalam jumlah yang berlebihan dan menyebabkan kekurangan sel-sel mieloid yang matang. Sel-sel mieloid yang muda ini boleh menyekat salur-salur darah.

Leukemia Mieloid Kronik (Chronic Myeloid Leukaemia (CML))

Leukemia mieloid kronik boleh terjadi pada semua peringkat umur tetapi paling jarang dikesan pada usia di bawah 20 tahun.

Ia menghalang sel-sel mieloid daripada berfungsi dengan betul. Ia berlaku di dalam dua peringkat: pertama, berlakunya pembahagian sel-sel abnormal secara perlahan. Kemudian, ia boleh dengan cepatnya berubah ke peringkat akut.

Apakah punca-punca Leukemia?

Punca-punca leukemia tidak diketahui. Beberapa faktor mungkin mempengaruhi

perkembangannya. Faktor-faktor risiko ini hanya menjelaskan punca sebilangan kecil kes leukemia. Mempunyai satu atau lebih faktor-faktor berikut tidak bermakna anda akan mendapat leukemia. Jika anda merasa ragu tentang sebarang faktor di bawah, anda harus berbincang dengan doktor anda.

Faktor-faktor genetik: Kanak-kanak Down’s syndrome dan kanak-kanak yang mempunyai keabnormalan kongenital lain yang jarang mempunyai risiko akut leukemia yang meningkat. Faktor-faktor genetik mungkin memainkan peranan di dalam perkembangan leukemia limfoid kronik. Leukemia limfoid kronik lebih lazim pada lelaki dan mungkin diwarisi di dalam keluarga.

Sinaran: leukemia berlaku pada kadar yang lebih tinggi daripada biasa di kalangan orang yang terdedah kepada sinaran yang tinggi. Ini termasuk orang-orang yang terselamat di dalam letupan-letupan bom atom di Jepun, orang-orang yang terdedah kepada sinaran selepas bencana loji nuklear Chernobyl, dan orang-orang yang menerima sinaran di dalam jumlah yang banyak yang perlu bagi rawatan keadaan-keadaan perubatan yang tertentu pada masa lalu.

Bahan-bahan kimia: orang-orang yang terdedah kepada benzena mempunyai risiko yang meningkat mendapat leukemia mieloid akut. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat leukemia mieloid akut.

Negara asal: di kawasan-kawasan tertentu di dunia, seperti selatan-barat Jepun, bahagian-bahagian Afrika dan Caribbean, suatu jenis leukemia tertentu boleh merebak di kalangan penduduk tempatan oleh suatu virus yang dikenali sebagai HTLV (Human T Cell Leukaemia Lymphoma Virus).

:: Diagnosis ::

Orang yang mempunyai gejala-gejala leukemia akan menjalani ujian-ujian darah dan ujian-ujian sum sum tulang, yang boleh mengesahkan sama ada penyakit ini hadir atau tidak.

Gejala-gejala leukemia adalah sama seperti gejala-gejala keadaan-keadaan lain yang biasa. Jika anda berasa ragu tentang gejala-gejala yang anda alami, anda harus berjumpa doktor.

Gejala-gejala Leukemia akut

Gejala-gejala leukemia akut selalunya boleh dilihat dengan tiba-tiba kerana leukemia jenis ini berkembang dengan cepat.

  • Rasa lemah, letih dan kelihatan pucat yang mungkin berpunca daripada jumlah sel darah merah yang berkurangan.
  • Perdarahan yang berterusan agak lama, contohnya hidung berdarah dengan banyaknya, atau mudah lebam yang mungkin berpunca daripada kekurangan platelet.
  • Kecenderungan untuk mendapat jangkitan dan mempunyai suhu badan yang tinggi yang
  • mungkin berpunca daripada sel-sel darah putih yang tidak berfungsi dengan betul.
  • Kesakitan di dalam tulang dan sendi mungkin juga dialami.

Gejala-gejala leukemia kronik

Gejala-gejala leukemia kronik berkembang di dalam masa beberapa bulan atau beberapa tahun. Gejala-gejala ini sama seperti gejala-gejala leukemia akut tetapi termasuk pembesaran nodus limfa, limpa, dan hati. Anemia juga mungkin suatu gejala leukemia mieloid kronik.

Kebanyakan orang yang menghidapi leukemia mieloid kronik langsung tidak sedar yang mereka mendapat penyakit ini dan mungkin hanya didiagnosis semasa pemeriksaan bagi masalah perubatan yang lain.

Leukemia mieloid kronik selalunya berkembang dengan kadar yang perlahan pada mulanya tetapi mungkin berubah dengan kadar yang lebih aktif dan menjadi lebih seperti leukemia akut selepas beberapa tahun.

Doktor dan ahli-ahli profesional kesihatan yang manakah patut saya jumpa?

Doktor biasa anda akan merujuk anda untuk mendapatkan ujian-ujian awal untuk mengesahkan sama ada anda menghidapi kanser atau tidak. Jika suatu diagnosis kanser dibuat, dia mungkin kemudiannya akan merujuk anda kepada seorang pakar yang akan menasihati anda tentang opsyen-opsyen rawatan.

Pakar-pakar dan ahli-ahli profesional kesihatan yang menjaga orang yang menghidapi leukemia termasuk:

  • pakar bedah: yang bertanggungjawab ke atas biopsi dan prosedur-prosedur
  • pembedahan yang lain
  • pakar hematologi: yang mendiagnosis dan merawat orang yang mengalami penyakit darah
  • pakar onkologi perubatan: yang bertanggungjawab bagi kemoterapi
  • pakar onkologi sinaran: yang bertanggungjawab bagi radioterapi
  • pakar pemakanan: yang akan mencadangkan pemakanan yang paling baik untuk diikuti semasa anda di dalam rawatan dan pemulihan
  • jururawat: yang membantu anda sepanjang semua peringkat kanser yang anda alami di hospital
  • pegawai-pegawai kebajikan dan juru pulih pekerjaan: yang akan menasihati anda tentang perkhidmatan sokongan dan membantu anda kembali menjalankan aktiviti harian anda.

Bagaimana leukemia didiagnosis

Leukemia boleh didiagnosis dengan memeriksa sampel-sampel darah dan sum sum tulang anda di bawah mikroskop. Biopsi nodus limfa mungkin juga disyorkan. Ujian-ujian darah dan sum sum tulang juga merupakan cara-cara meneliti perkembangan, jadi ujian-ujian ini akan diteruskan semasa dan selepas rawatan.

Ujian darah

Leukemia adalah disyaki jika ujian darah menunjukkan sel-sel darah putih yang abnormal di dalam jumlah yang besar dan sel-sel darah merah, platelet dan sel-sel darah putih yang normal di dalam jumlah yang sedikit.

Biopsi sum sum tulang

Biopsi biasanya diperlukan untuk mendiagnosis jenis leukemia. Sedikit cecair diambil daripada sum sum tulang menggunakan siring dan secebis kecil teras sum sum tulang diambil keluar.

Sampel-sampel ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop. Menjalani biopsi sum sum tulang mungkin menyakitkan, oleh itu anestetik setempat selalunya diberikan. Anda juga mungkin diberikan sedatif untuk meningkatkan keselesaan semasa prosedur ini.

Biopsi nodus limfa

Jika anda mempunyai nodus limfa yang mengalami inflamasi, doktor anda mungkin akan mengesyorkan suatu biopsi untuk mengesan sama ada ini adalah berkaitan dengan leukemia.

Tisu diambil keluar daripada nodus limfa yang terjejas bagi pemeriksaan di bawah mikroskop. Anda mungkin diberi anestetik setempat ataupun am, bergantung kepada kedudukan nodus yang terjejas itu. Prosedur ini boleh dilakukan sebagai pesakit luar atau semasa tinggal sebentar di hospital.

Punktur lumbar (‘spinal tap’)

Doktor anda mungkin mengesyorkan suatu punktur lumbar untuk mengesan sel-sel leukemia di dalam cecair yang mengelilingi otak dan saraf tunjang.

Di dalam punktur lumbar, suatu jarum yang halus dimasukkan melalui ruang di antara tulang-tulang di bahagian bawah pinggang dan sedikit cecair diambil daripada bahagian keliling tulang belakang anda. Cecair ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop.

Suatu anestetik setempat diberikan untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang dialami semasa prosedur ini. Sesetengah orang berasa bimbang menjalani prosedur ini: anda mungkin memilih untuk menerima sedatif jika anda suka. Bincangkanlah perkara ini dengan doktor anda.

    • shahril
    • March 26th, 2012

    salam semua… sebenarnya punca utama semua jenis kanser adalah kekurangan Vitamin B17/Amygdalin… boleh buat search di google pasal ubat B17 nie adalah penawar/ubat kepada semua jenis kanser tak kira tahap brape pun.. B17 nie tggi dalam biji aprikot, biji buah2an berry mcm acai berry, burberry, anggur, epal, kacang hijau, ubi kayu, daun sireh, daun belalai gajah, keladi tikus… tu sbb org2 tua dulu kadar kanser sgt kurang sbb mereka mengamalkan makan ubi kayu, daun sireh, ulam2an, keladi.. kita skrg mmg xmakan atau kurang makan bnda2 mcm ni, tu yg kanser terlalu tggi dlm zaman kita… sesiapa yg ingin mendapatkan ubat kanser iaitu B17 + Bromilin + Graviola… boleh hubungi saya 019-9362993, atau emel di hubby_sr@yahoo.com atau join group facebook ‘PENAWAR/UBAT KANSER’.. sesuai utk merawat semua jenis kanser tak kira tahap brape… InsyaAllah boleh sembuh sepenuhnya dlm masa 2-3 bulan sekiranya mengikut tatacara yg betul…. utk mendapatkan maklumat lebih jelas, boleh cari group di facebook ‘PENAWA/UBAT KANSER’, dan join group tersebut…

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: