:: Pembatalan Syarat Tapisan Keselamatan ::

Berkuat kuasa 20 April 2011, SPA telah umumkan bahawa semua pegawai yang dilantik oleh SPA ke dalam Perkhidmatan Awam tidak perlu lagi tertakluk kepada tapisan keselamatan untuk pengesahan pelantikan dan pengesahan dalam perkhidmatan. Oleh itu, SPA telah membatalkan syarat tapisan keselamatan dalam surat tawaran yang dikeluarkan oleh SPA berkuatkuasa serta-merta. Rujuk kenyataan akhbar dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2011 berikut untuk maklumat lanjut.

:: Tawaran KPLI Jan 2011 ::

Aplikasi Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI-SR dan KPLI-jQAF) Ambilan Jan 2011 boleh dibuat mulai 14 Januari 2011 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia : http://kpli.moe.gov.my/twr11/index.cfm

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip MOE KPLI3 dan hantar ke 15888. Contoh : MOE KPLI3 780803105677

:: Semakan Penempatan KPLI 2011 ::

Berita yang ditunggu2 oleh guru2 baru ialah penempatan. Teringat masa dulu2. Berdebar2 je. Mana la aku dapat ye. Sabah Ke ? Okeylah… Klik link ini (semakan penempatan) untuk semakan penempatan cikgu2 semua. Semakan boleh dibuat sehingga 14 Februari 2011. Selamat bertugas semua. Tahniah ! Selamat datang ke alam perguruan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.